KLServer

JPN KELUARKAN KAD PENGENALAN (MYKAD) BARU MULAI 3 JANUARI 2012

| 30/12/2011

JPN KELUARKAN KAD PENGENALAN (MYKAD) BARU MULAI 3 JANUARI 2012 | Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said.

(Gambar Atas) Perbezaan imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini. Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

“MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan. Selain itu, MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini. Beliau berkata MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

Jariah juga berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari). Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

“JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan. Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak,” katanya. - BHarian Online


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Amirudin says:

    utk perkongsian bersama,Mykad kita mempunyai 50 fungsi antaranya, touch n go, meps dan lain2,kan??..seiringnya dengan pengenalan mykad baru ini, JPN juga telah melancarkan 1 aplikasi fungsi mykad yang terbaru iaitu Affiliate Junction dengan kerjasama syarikat I Synergy sdn bhd dan juga MDeC.Dimana AJ ini akan memberi keuntungan kepada pengguna yang hnya perlu aktif mykad utk aplikasi ini secara PERCUMA dan pengguna bakal menikmati diskaun dan juga ganjaran mata apabila berbelanja dengan kedai2 yang terlibat dengan projek bantuan rakyat ini! sememangnnya memberi kelebihan dan keuntungan kepada anda,, jadi aktiflah mykad anda utk aplikasi ini dengan dealer2/affiliate yang berlesen. utk aktif secara percuma layari http://bismykad.blogspot.com/p/aktifkan-mykad-percuma.html
    *sila rujuk blog diatas utk ke laman rasmi JPN bagi bukti sokongan mereka.