CARA UNLOCK IPHONE 3GS DAN ATASI MASALAH NO SERVICE ERROR – BASEBAND...

CARA UNLOCK IPHONE 3GS DAN ATASI MASALAH NO SERVICE ERROR – BASEBAND 5.16.05 / 5.15.04/ 5.14.02

0 894

CARA UNLOCK IPHONE 3GS DAN ATASI MASALAH NO SERVICE ERROR – BASEBAND 5.16.05 / 5.15.04/ 5.14.02 | Biasanya kalau kita Jailbreak ni ada masalah lain akan timbul walau semuanya berjaya. Masalah yang sememangnya memeningkan kepala iaitu “no service” atau tidak detect kad sim. Sebelum ini ammboi ada ceritakan masalah yang ammboi hadapi selepas upgrade ios 4.3.3 ke ios 5.0.1. Iaitu keluar mesej, “The Sim card inserted in the iphone does not appear to be supported”. Pada sesiapa yang mengalami masalah sedemikian (no service dan sim card not supported) ammboi cadangkan anda restore iphone anda semula kepada yang asal baru buat jailbreak semula. Baca cara untuk restore iphone.

Setelah anda dah restore semula iPhone anda tadi anda boleh cuba kaedah dibawah. Ammboi dah cuba macam-macam cara termasuklah menggunakan Redsnow 0.9.10b1 dan 0.9.10b2 [nanti ammboi ceritakan kemudian]. Namun cara yang paling mudah (kerana dan berjaya) ialah menggunakan Redsn0w 0.9.9b7. Bagi memudahkan langkah-langkah seterusnya anda mesti dapatkan perkara dibawah ini terlebih dahulu.

  1. Redsn0w 0.9.9b7 Windows HERE: Windows Redsn0w 0.9.9b7
  2. iDetector : NEW/OLD Bootrom Detector NOTE: To check your 3Gs Bootrom on a Mac, Click Here: Mac Bootrom Guide
  3. iPhone 3Gs 5.0 Official IPSW Firmware: iPhone 3Gs 5.0

NOTE : Hanya untuk pengguna Windows

NOTE: If your firmware is a .zip file once downloaded, Watch this video to fix the error HERE: If your ipsw Firmware file is showing up as a .zip then watch this video HERE: Zip To ipsw Fix Video

NOTE: If Your iPhone 3Gs Becomes Bricked at any point in this video (doesn’t turn on, Cant fix it at all) Watch this: Bricked iPhone 3Gs 5.0 Restore Video

NOTE : Pastikan anda baca step by step dengan teliti sambil tonton video tutorial yang disediakan.

VIDEO CARA UNLOCK IPHONE 3GS DAN ATASI MASALAH NO SERVICE ERROR

Langkah 1 – Apa yang anda perlu lakukan ialah buang sim card dari iphone anda. Kemudian restore iphone anda jika belum restore ikut cara dalam link diatas. Jika telah restore anda boleh teruskan dengan run RedsnoW 0.9.9b7. Ada dua ikon dalamnya iaitu Jailbreak dan Extras. Anda klik Extras terlebih dahulu kemudian pilih Select IPSW – Cari File iPhone 3Gs 5.0 Official IPSW Firmware anda download tadi. Klik back apabila selepas dan klik Jaibreak dan jangan lupa untuk tekan “Install Cydia” & “Install iPad Baseband”. Klik next.

Langkah 2 – Pastikan iPhone anda dalam DFU mode dengan ikut kaedah yang dipaparkan.

Langkah 3 – Setelah Jailbreak dan Baseband Flashing selesai telefon anda kini sudah boleh dibuka macam biasa. Kini anda sudahpun jalankan iOS 5 dengan baseband 6.15.0. Namun masalah kini sim anda tidak detect. Ketika ini anda jangan sesekali masukkan sim card pula. Ikuti langkah seterusnya.

Langkah 4 – Buka Cydia dalam telefon anda dan tunggu sehingga proses loading selesai. Untuk proses ini iPhone anda perlukan sambungan Wifi. Apabila Cydia selesai load, anda tekan butang Search dan cari “Ulrasnow”. Jumpa Ultrasnow anda boleh installkannya. Tunggu sehingga proses install selesai kemudian paparan reboot atau restart springboard (ammboi lupa apa yang keluar tadi) dan anda klik ajer.

Langkah 5 – Tunggu sehingga telefon anda restart. Jika proses reboot atau restart tadi tersangkut pada paparan logo apple anda boleh cuba reboot menggunakan Redsnow semula iaitu Klik Exras – Select IPSW – Cari File Iphone anda tadi – klik JUST BOOT dan tunggu sehingga telefon anda di reboot semula. Ini berlaku kerana iphone anda masih lagi dalam format tethered jailbreak dan anda perlu lakukan proses untethered jailbreak selepas ini (ammboi akan cuba ceritakan dalam entry lain).

Langkah 6 – Jika iphone anda sudah dihidupkan maka bermakna segala proses berjalan lancar. Bagi memastikannya anda kini boleh memasukkan sim card anda kedalam phone. Tunggu sebentar sehingga proses “searching…” selesai dan saksikan iphone anda kini sudah diaktifkan. Terima kasih kerana sudi baca dan untuk makluman ammboi bukan pakar dalam bidang ini dan hanya menceritakan dari pengalaman dan rujukan yang ammboi sebutkan. Sekian. Selamat berjaya!

Rujukan : Sini