KLServer

SIARAN LANGSUNG DAN LIVE STREAM PERLAWANAN KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JANUARI 2012 | PIALA SUMBANGSIH 2012

| Jan 7, 2012

SIARAN LANGSUNG DAN LIVE STREAM PERLAWANAN KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JANUARI 2012 | PIALA SUMBANGSIH 2012 | Malam ini akan berlangsungnya perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) sempena pembukaan Liga Malaysia 2012. Perlawanan antara Juara Liga Super 2011, Kelantan vs Negeri Sembilan, Juara Piala Malaysia 2011 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam ini boleh diibaratkan bertemu buku dengan ruas apatah lagi kedua-dua pasukan merupakan pasukan terbaik Liga-M setakat ini. Pertembungan juara antara juara ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM TV1 (tak pasti ada atau tak) dan juga penyiar rasmi Astro Arena (CH801).

Bagi sesiapa yang tidak berpeluang menonton secara Live di kaca TV anda juga boleh menonton Live Streaming Perlawanan Kelantan vs Negeri Sembilan di Live Streaming TV1 atau Redvision Gegar TV. Ammboi tak pasti tahap keberkesananya buat masa ini kerana seperti anda sedia maklum TV1 punya streaming memang ada banyak masalah. Apapun untuk anda, ammboi akan update Keputusan Semasa Perlawanan Kelantan vs Negeri Sembilan 7 Januari 2012. Keputusan Penuh dan Video Perlawanan Kelantan vs Negeri Sembilan akan menyusul setelah perlawanan tamat. Harap maklum. Sekian.


Tags: , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA, SUKAN, THE RED WARRIORS NEWS

Comments are closed.