KEPUTUSAN PIALA FA INGGERIS 9 JANUARI 2012 | ARSENAL VS LEEDS UNITED...

KEPUTUSAN PIALA FA INGGERIS 9 JANUARI 2012 | ARSENAL VS LEEDS UNITED (1-0) – GOL THIERRY HENRY

0 41
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

KEPUTUSAN PIALA FA INGGERIS 9 JANUARI 2012 | ARSENAL VS LEEDS UNITED (1-0) – GOL THIERRY HENRY | Bekas penyerang Perancis, Thierry Henry memulakan penyertaan kali kedua bersama Arsenal dengan bergaya apabila menjaringkan gol kemenangan 11 minit selepas masuk sebagai pemain gantian dalam saingan pusingan ketiga Piala FA menentang Leeds United.

Pemain berusia 34 tahun yang memenangi kejuaraan Piala Dunia bersama Perancis pada 1998 itu memecah kebuntuan antara the Gunners dan lawan pada minit ke-79 apabila beliau menolak bola masuk ke gawang dari sebelah kiri kotak penalti. Beliau merayakan kejayaan itu dengan meluru ke tepi padang dan memeluk pengurus pasukan, Arsene Wenger. Gol beliau yang ke-227 untuk kelab itu terbukti penting apabila Arsenal mempertahankannya untuk menang 1-0.