KLServer

LHDN HANYA MENERIMA DAN MENDAFTARKAN PERMOHONAN BR1M

| 20/01/2012

LHDN HANYA MENERIMA DAN MENDAFTARKAN PERMOHONAN BR1M | Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan pembabitan mereka dalam pemberian bantuan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pengarah Komunikasi Korporat LHDN, Nor Azirah Mohd Said berkata, LHDN hanya dipertanggungjawabkan membantu menerima dan pendaftaran permohonan.

Menurutnya, pembayaran bagi Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan diuruskan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, manakala negeri lain diuruskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Kami menerima pertanyaan daripada orang ramai dan ada juga tampil ke pejabat LHDN bagi mendapatkan penerangan,” katanya.

Nor Azirah berkata, urusan pembayaran diuruskan dengan menghantar surat makluman sama ada pemohon layak atau sebaliknya.

“Setiap penerima layak, penyerahan baucer diuruskan mengikut kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta tidak perlu berurusan dengan LHDN,” katanya.

Sehubungan itu, LHDN berharap penjelasan ini akan menghapuskan kekeliruan orang ramai dan mereka juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDN, di talian 1-300-88-3010 atau Kementerian Kewangan di talian 1-800-222-500, bagi mengetahui status permohonan. - Sinar Harian Online

P/S : MASALAHNYA TALIAN KHIDMAT PELANGGAN TU MEMANG SUSAH NAK BERJAWAB. LHDN SEHARUSNYA PERTINGKATKAN LAGI MUTU KHIDMAT PELANGGAN APATAH LAGI ISU BR1M INI MEMANG MENJADI TUMPUAN.


Tags: ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Rajeswari K says:

    I, Rajeswari a/p Kanagaratnam would like to know whether my BR1M form has been received by LHDN. My I/C No. 490210-10-5148.

    Your assistance is much appreciated.

    Thank you.