KLServer

TIKET KERETAPI (KTMB) SEMPENA TAHUN BARU CINA MASIH ADA

| 20/01/2012

TIKET KERETAPI (KTMB) SEMPENA TAHUN BARU CINA MASIH ADA | Orang ramai masih boleh mendapatkan tiket keretapi untuk pulang ke kampung sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina minggu depan. Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, berkata setakat ini kira-kira 29 peratus daripada 80,474 tiket bagi perkhidmatan Antara Bandar masih ada.

“Bagi perkhidmatan ETS atau Electric Train Service pula, masih terdapat 26,613 tiket untuk perjalanan dari Seremban, Kuala Lumpur dan Ipoh,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan tiket bagi tempoh perjalanan antara 18 hingga 23 Januari habis dijual. Beliau berkata, KTMB juga akan menambah gerabak bagi perkhidmatan Antara Bandar yang menawarkan 1,140 tiket lagi untuk memenuhi permintaan terutama di saat akhir.

“Tiket berkenaan adalah untuk semua sektor laluan iaitu laluan selatan, pantai timur dan juga utara,” katanya sambil menambah tiket sektor utara masih berbaki 12,256 keping atau 53 peratus, sektor selatan 7,748 tiket (33 peratus) dan sektor timur 3,154 tiket (14 peratus).

Terdahulu Aminuddin mengagihkan 1,800 pek cenderahati kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTMB di Stesen KL Sentral. Sebanyak 700 pek cenderahati diagihkan kepada pengguna ETS, 600 pek kepada pengguna perkhidmatan KTM Antara Bandar dan 500 pek kepada pengguna perkhidmatan KTM Komuter. - BHarian Online


Tags: , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. rozalina says:

    Saya harap Dr Aminuddin Adnan dapat menimbangkan seterusnya mengekalkan tambang murah bagi perjalanan dari Kuala Lumpur Sentral – Ipoh – Kuala Lumpur Sentral seperti kemudahan koc rakyat yang akan diberhentikan mulai 30 Mac 2012 ini.

    Bagi pengguna kemudahan keretapi untuk perjalanan ke tempat kerja, koc rakyat ini banyak membantu kos perjalanan kami.

    Tambang ETS biasa yang berharga RM 35 – RM 45 adalah sangat mahal harganya dan kami terpaksa memikirkan alternatif lain untuk urusan kerja.

    Harap kemudahan rakyat ini tidak hanya hangat hangat tahi ayam sahaja. Slogan 1rakyat hanya bertahan cuma untuk tempoh 1 tahun sahaja.

    Sila kekalkan kemudahan koc rakyat tersebut.