GAMBAR STADIUM BARU KELANTAN | STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-V

GAMBAR STADIUM BARU KELANTAN | STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-V

GAMBAR STADIUM BARU KELANTAN | STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-V | Skuad dengan jolokan The Red Warriors (TRW), Kelantan bakal memiliki stadium sendiri tidak lama lagi jika perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar. Stadium yang akan dibina di Tunjung ini bakal menggunakan nama Stadium Sultan Muhammad Ke-V (The Fotress) ini akan terus membanggakan penyokong TRW, dikatakan bakal memiliki kapasiti tempat duduk untuk 40,000 penyokong!

Menurut sumber facebook Tan Sri Annuar Musa (TSAM), tempat duduk stadium baru bekenaan akan bewarna merah putih, seiring dengan warna negeri Kelantan. Stadium Sultan Muhammad Ke-V juga tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan. Corporate booth akan turut dibina agar KAFA dapat terus menjana dana dan income sendiri. Sebagai contoh, corporate box bewarna kuning di sebelah kanan atas gambar merupakan Royal Box untuk Sultan kita.

Tempat duduk semua adalah individu (ada nombor tempat duduk) dan berbumbung.

Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insyaAllah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah.

Gelaran The Fortress (bermaksud Kubu) adalah bersempena nama pasukan kita iaitu The Red Warriors (Pahlawan Merah). Berani kah musuh bertandang ke Fortress The Red Warriors?

Harapan TSAM Buat Penyokong The Red Warriors (TRW)

Lagi satu, stadium dah buat molek, bertaraf antarabangsa jadi penonton pun kena bertaraf antarabangsa. Jangan melontarkan objek ke dalam padang. Tempat duduk dekat dengan padang dalam stadium baru, Kalau pekong botol lagi, parok la wei! Jadi mulai sekarang, penyokong semua mula hentikan perbuatan melontarkan objek ok?