MULA 17/04/12 TAMAT 17/05/12

SIAPA PEMAIN IMPORT BARU T-TEAM | JAMIE PHEONIX, UMARU MUSTAPHA ATAU GORAN KULJILAS?

| 06/02/2012

SIAPA PEMAIN IMPORT BARU T-TEAM | JAMIE PHEONIX, UMARU MUSTAPHA ATAU GORAN KULJILAS? | T-Team kini sedang menguji empat pemain import termasuk seorang bekas pemain kelab Nantes dan Metz dalam Liga 2 Perancis dalam misi menggantikan posisi yang ditinggalkan Zacharia Simukonda. Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, tiga daripada pemain itu iaitu Jamie Pheonix dari England, Umaru Mustapha Suna (Siera Leone) dan Goran Kuljilas (Bosnia) telah tiba ke negeri ini sejak tiga hari lalu dan telah turun dalam dua siri pemilihan.

Katanya, Tenema Ndiaye pula yang berasal dari Mali dan merupakan bekas pemain Nantes dan Mets baru tiba kelmarin dan membuat penampilan pertama pada sesi latihan petang semalam. Mengenai barisan pemain import yang diuji, Yunus mengakui salah seorang daripada mereka iaitu Pheonix mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia apabila pernah menyarung jersi Sabah pada 2007.

T-Team akan beri masa kepada mereka dalam dua atau tiga lagi siri latihan dan perlawanan sebelum memutuskan pemain mana yang akan bermain bersama pasukan. Bagaimanapun, Yunus mengakui Ndiaye yang kini berusia 30 tahun mempunyai rekod pencapaian yang lebih baik berbanding tiga lagi pemain yang lain. Selain pernah bermain untuk kelab Nantes dan Metz di Perancis, Ndiaye juga merupakan bekas pemain yang menganggotai skuad remaja Mali yang muncul tempat ketiga pada Kejohanan Piala Dunia Remaja tahun 1999.

Jika semua berjalan lancar, pasukan T-Team mungkin akan daftarkan nama seorang daripada empat pemain ini dalam tempoh tiga atau empat hari lagi dan kemungkinan pemain itu boleh beraksi pada perlawanan menentang Negeri Sembilan Rabu depan. – Kosmo

 

Incoming search terms:

  • pemain import t team yang baru (4)
  • pemain import terbaru t-team (3)
  • bekas pemain import selangor dari england (3)
  • bekas pemain import negeri sembilan (3)
  • t team (3)
  • pemain import t-team (2)
  • pemain impot ns terbaru (2)
  • lakaran stadium sultan muhammad ke v (2)
  • you tube import baru sabah (2)
  • kekasih kozae murtaza (2)

Tags: , , , ,

Category: SUKAN

About the Author ()

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri0868@gmail.com]

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Pemain import perlulah sekurang-kurangnya satu tahap lebih tinggi dari pemain tempatan. Kalau tak lebih baik gunakan pemain-pemain muda sahaja. Kasihan kepada pemain simpanan dan Piala Presiden yang semakin kurang peluang membuktikan kemampuan dek direbut pemain import. FAM kena pantau perkara ini, tak mustahil dalam jangka masa panjang satu hari nanti Malaysia ketandusan penyerang, pemain tengah dan pertahanan berkualiti.

  2. peminat bola tahun 80-an says:

    Itu le antara sebab teman bangkang awal2,hari tu udah elok,takde awang import pemain muda menyerlah sampai peringkat asia tenggara.Buktinye 2009 sea games dapat emas,2010 suzuki cup,juara.Itu semua kerana kita 100 peratus tenaga muda tempatan.SEDAR atau TIDAK?Tahun nie 2012 Suzuki cup,confirm dapat pada negara lain selain kita……..fikirkanlah,teman dah rase…….