PENDAFTARAN PEMILIH | CARA DAN SYARAT KELAYAKAN DAFTAR PEMILIH
PENDAFTARAN PEMILIH | CARA DAN SYARAT KELAYAKAN DAFTAR PEMILIH | Dengarnya pilihanraya makin hampir. Kempen suruh daftar pemilih pun giat diwar-warkan. Sesiapa yang belum mendaftar tu silakanlah daftar sekarang. Bukan apa, undi anda amatlah dihargai. Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ada meletakkan Borang A untuk dimuat turun dan diisi, namun kini ianya hanya anda boleh dapatkan di mana-mana pusat-pusat pendaftaran pilihanraya sahaja. Baca dibawah : [CARA DAFTAR PEMILIH | SYARAT LAYAK DAFTAR PEMILIH | DAN SENARAI PUSAT PENDAFTARAN PEMILIH]
CARA UNTUK MENDAFTAR
Untuk Pemilih Biasa
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
(a) datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d) menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
Untuk Pengundi Tidak Hadir
Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
(a) menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
(b) serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
(c) apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(d) turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
Nota:
(a) Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
(b) Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
Warganegara Malaysia yang Berada di Luar Negara
Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
(a) datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
(b) serahkan MyKad anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
(d) semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(e) turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
(f) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
SYARAT-SYARAT LAYAK MENDAFTAR
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
PUSAT-PUSAT PENDAFTARAN
| (a) | Ibu Pejabat SPR Malaysia Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya No. Telefon: 03-88856686 |
| (b) | Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri |
| (c) | Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
http://www.pos.com.my/WebsiteBM/MAIN2.ASP?c=/V1/Ournetworks/map.htm |
| (d) | Kaunter SPR melalui Program Outreach Tiada aktiviti ketika ini |
| (e) | Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission |
| (f) | Senarai Penolong Pendaftar |
Sumber : www.spr.gov.my
MUAT TURUN : DOWNLOAD BORANG A – UNTUK PENDAFTARAN PEMILIH LUAR NEGARA
CARIAN BERKAITAN
- semak mengundi (63)
- tarikh akhir daftar mengundi 2012 (53)
- syarat mengundi (41)
- daftar mengundi 2012 (37)
- tempat mendaftar mengundi (24)
Category: INFO SEMASA





























amm dah berapa kali dah mengundi tahun ni? akak dah 3 kali ni..tp yg kedua kali tu x pergi pun sebab demam..hehehe
mrs.yie recently posted..CONTEST SINOPSIS ‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT’ (STICKY POST SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012)
esok kompem nak ambik sumber ni..ekeke
mrs.yie recently posted..CONTEST SINOPSIS ‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT’ (STICKY POST SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012)
boleh ajer…
Undi jgn xundi..huhu
UpProfits recently posted..Nak Cepat Kaya bukan Rasuah Jalannya..
Hahaha… bro pun kena mengundi tu…