MULA 27/10/12 TAMAT 27/06/13 MULA 04/05/13 TAMAT 04/07/13 MULA 18/05/13 TAMAT 18/07/13 MULA 03/06/13 TAMAT 03/07/13 KLServer iklanmurah

GAMBAR IKAN YU GERGASI DI PAKISTAN!

| 10/02/2012
  • Sharebar

GAMBAR IKAN YU GERGASI DI PAKISTAN! | Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.

Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini. Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu.

CARIAN BERKAITAN

  • gambar ikan jerung (298)
  • ikan jerung (267)
  • ikan gergasi (102)
  • gambar ikan pelik (66)
  • gambar hidupan laut (55)

Tags: , ,

Category: DUNIA

Comments are closed.