SKIM GAJI BARU ASKAR LULUSAN SPM DAN IJAZAH!

SKIM GAJI BARU ASKAR LULUSAN SPM DAN IJAZAH!

0 208

SKIM GAJI BARU ASKAR LULUSAN SPM DAN IJAZAH! | Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melonjak daripada kira-kira RM800 kepada RM1,125 sebulan berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 16 Januari 2012 lalu. Skim dirancang lebih awal sebelum Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan itu juga menyaksikan kenaikan gaji kemasukan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada RM2,100 sebelum ini kepada RM2,400, sebulan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata imbuhan itu sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini. Bagaimanapun katanya, akibat kelewatan semakan gaji ATM sebelum ini, gaji anggota tentera menjadi agak ketinggalan berbanding perkhidmatan awam lain dengan semakan semula ke atasnya hanya dapat diselesaikan baru-baru ini.

Melalui skim baru ini juga, anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun. Melalui skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.