PERBEZAAN iPAD 2 VS iPAD 3? – iPAD 3 TIBA AWAL MAC...

PERBEZAAN iPAD 2 VS iPAD 3? – iPAD 3 TIBA AWAL MAC 2012!

1 286
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

PERBEZAAN iPAD 2 VS iPAD 3? – iPAD 3 TIBA AWAL MAC 2012! | Berdebar-debar pula rasanya menantikan kelahiran baru iPad setelah gah dengan 2 versinya sebelum ini iaitu iPad dan iPad 2. Mengikut fakta, iPad 2 adalah model terlaris Apple sehingga kini dengan jualan melebihi 55 juta unit sejak dilancarkan pada April 2010. Kira lamala juga kan, namun bagi ammboi iPad 2 pun belum habis teroka lagi dan kini ketibaan iPad 3 sedikit menyinggung perasaan dan naluri ammboi.

Sebab apa yang ammboi bayangkan, sudah tentu iPad 2 akan ketinggalan dan bentuk serta kecanggihan iPad 3 pasti menenggelamkan iPad 2 sama sekali seperti yang berlaku pada versi iPad (1). Apapun kerisauan berkenaan sedikit reda apabila godek punya godek pasal info iPad 3 ni sebenarnya tidak ada banyak bezanya dengan versi iPad 2.

Ini kerana iPad 3 sebenarnya hanya model upgrade sahaja dari iPad 2 dan dikhabarkan bentuk serta saiznya lebih kurang sama (atau sama sahaja) dengan iPad 2. Apa yang membezakannya keduanya adalah dari segi ‘power’, ‘performance’ dan ‘pitih’ sahaja.

Perbezaan Power? Perbezaan Performance?

Apple iPad 3 dikatakan menggunakan cip kuasa baru yang lebih berkuasa dari versi iPad 2. Khabarnya ia menggunakan cip processor quad-core A6 yang lebih berganda-ganda hebat dari A5. Namun kesahihannya belum pasti lagi sebab ada juga berita mengatakan A6 tidak akan dipasang pada iPad 3.

Sudah tentu barang baru mestilah barang lagi baik kan. Memang tak dinafikan iPad 3 bakal tampil dengan skrin beresolusi sehingga 2048 x 1536 dengan saiz skrin yang sama dengan iPad 2, 9.7 inci. Versi iPad 3 juga bakal tampil dengan beberapa pembaharuan/ penambahbaikan kepada kelemahan yang ada pada versi lama.

Apa Pula Perbezaan Pitih?

Pitih itu duit dalam loghat Kelantan. Jadi kalau tak ada pitih maka tak boleh la nak beli. Perbezaan pitih tu maknanya, kalau dah ada iPad 2 maka takyah la beli iPad 3 jika tak mampu kerana ia akan membebankan diri anda juga. Itu ayat untuk sedapkan hati ammboi. Huhu…