MULA191014TAMAT190115
KLServer

SAMSUNG GALAXY TAB 2 BAKAL DILANCARKAN MAC 2012!

| Feb 16, 2012

SAMSUNG GALAXY TAB 2 BAKAL DILANCARKAN MAC 2012! | Samsung akan melancarkan Galaxy Tab 2 terbaru dengan skrin berukuran tujuh inci, tablet pertamanya yang menampilkan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream daripada Google sempena Kongres Sedunia Mudah Alih (MWC) yang akan datang.

Peranti kompak (gambar) itu mempunyai pem-prosesan dwi teras 1GHz, paparan WSVGA (1024x600p) tujuh inci, kamera belakang 3MP serta kamera hadapan VGA. Samsung juga menyertakan ciri aplikasi S Suggest, perkhidmatan komunikasi mudah alih ChatON, sistem pengenalan terbuka, kandungan tanpa wayar bersama AllShare Play dan akses kepada lebih 400,000 aplikasi menerusi pasaran android Google.

Samsung tidak memberikan harga rasmi bagi tablet Galaxy Tab 2 (7.0), bagaimanapun Samsung Hub melaporkan Versi WiFi akan dijual pada harga sekitar £349 (RM1,400) manakala versi 3G pada harga £429 (RM2,400). Samsung Galaxy Tab 2 (7.0) terlebih dulu akan dilancarkan di United Kingdom sebelum ia dipasarkan ke pasaran global pada Mac ini.

 


Tags: , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. NURULHANIF says:

    bile entah leh guna..