KLServer

KEPUTUSAN PENUH DAN ULASAN PERLAWANAN PIALA FA MALAYSIA 18 FEBRUARI 2012

| 19/02/2012

KEPUTUSAN PENUH DAN ULASAN PERLAWANAN PIALA FA MALAYSIA 18 FEBRUARI 2012 | Berikut merupakan Keputusan Penuh dan Ulasan Perlawanan Piala FA Malaysia 18 Februari 2012. Kelantan dipaksa bekerja keras oleh Sarawak sebelum menang 2-1 dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi, manakala juara Piala Malaysia dan juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan dikejutkan Johor FC 2-1 di laman sendiri. Nor Farhan Mohamad yang menggantikan Nwoha Onyekachi pada minit terakhir menjadi wira Kelantan apabila meledak gol kemenangan sebaik dimasukkan selepas Indra Putra Mahyuddin (m-35) memadamkan kelebihan Sarawak hasil jaringan Azizan Baba (m-21). [Lain-lain ulasan ada dibawah]

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tuan rumah gagal memanfaatkan aksi gelanggang sendiri selepas tunduk kepada Johor FC, 2-1 dengan barisan K Devan lebih menyerlah untuk membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi Arthur Henrique yang disamakan Jean Effa Owona (m-29) sebelum Henrique muncul pemusnah sekali lagi pada minit ke-79.

Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah dan PKNS terpaksa bertarung hingga ke penentuan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar. Kedah mara ke pusingan kedua dan akan bertemu Perlis selepas menang 4-2 pada sepakan penentuan.

Di Stadium Pasir Gudang, T-Team melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan Johor 2-0 hasil jaringan Khairul Izwan Khalid (m-11) dan sepakan penalti kapten, Zairo Anuar Zailani (m-87).

Di Stadium Temerloh, Selangor turut menempah tempat ke pusingan kedua selepas menundukkan Shahzan Muda 4-0 hasil jaringan Bosko Balaban (m-21), Safiq Rahim (penalti m-65, m-72) dan Amri Yahyah (m-81).

Di Stadium UiTM, Shah Alam, pendatang baru Lions XII turut menghangatkan saingan Piala FA musim ini apabila mudah mengatasi UiTM 3-0, hasil jaringan Shaiful Esah, Madhu Mohana dan gol sendiri, Ahmad Shahir Ismail.

Di Stadium Selayang, pertembungan dua pasukan Liga Perdana menyaksikan USM FC yang ketinggalan hanya satu mata di belakang Pos Malaysia dalam saingan liga, mara hasil kemenangan 2-1.

Di Stadium Mini Petronas, Bangi, MBJB FC yang terpaksa beraksi dengan lapan pemain selepas tiga layangan kad merah, terpaksa mengalah selepas dikejutkan 0-3 oleh kelab Liga FAM, KL SPA.

Di Stadium Hang Jebat, Kuala Lumpur mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini selepas mengetepikan pasukan berstatus kelab, MP Muar, 3-0.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan jemputan dari Kemboja, Preah Khan Reach memulakan aksi Piala FA dengan langkah kanan apabila mengatasi Pulau Pinang, 2-1.

Di Stadium Utama Kangar, Perlis yang berdepan masalah dalam saingan Liga Perdana turut layak ke pusingan kedua apabila menewaskan SDM Navy, 3-0 manakala di Stadium Hang Tuah, NS Betaria membelasah tuan rumah, Melaka Telekom 4-0.

Di Kuala Terengganu, Terengganu melangkah mudah ke pusingan kedua saingan Piala FA tetapi bakal berdepan cabaran getir bertemu Perak selepas ini, selepas membelasah Polis 4-0 dalam saingan awal di Kuala Terengganu, malam tadi. Abdul Hadi Yahaya membuka tirai jaringan buat skuad Mat Zan Mat Aris pada minit ke-10 selepas menyempurnakan sepakan sudut Ismail Faruqi.  Abdul Manaf Mamat menambah dua gol untuk meletak Terengganu selesa di depan, mula-mula hasil umpanan cantik Abdul Hadi ke dalam kotak penalti yang mudah disudahi pada minit ke-38 sebelum menggegar sekali lagi pada minit ke-65.  Francis Forkey Doe memastikan Terengganu menang besar apabila melepasi benteng lawan sebelum menggelecek Al Husairi untuk gol keempat pada minit ke-80.

KEPUTUSAN PENUH PIALA FA MALAYSIA 18 FEBRUARI 2012

18 February 2012
No. Time Home Away Venue
1 4:15:PM Terengganu 4  -  0 PDRM Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
3 4:15:PM UiTM 0  -  3 LION XII FC Stadium Mini UITM, Shah Alam
4 4:15:PM NS BETARIA 4  -  0 Melaka Stadium Hang Tuah, Melaka
5 4:15:PM Kuala Lumpur, POS Malaysia 1  -  2 Pulau Pinang, Kelab Bolasepak USM Stadium MP Selayang, Selangor
7 8:45:PM Negeri Sembilan 1  -  2 Johor FC Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS
8 8:45:PM Pahang Kuantan Port Shahzan Muda 0  -  3 Selangor Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Pahang
9 8:45:PM Kelantan 2  -  1 Sarawak Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
10 4:15:PM Kuala Lumpur 3  -  0 Johor Majlis Perbandaran Muar Stadium Hang Jebat, Melaka
11 8:45:PM Preach Khan Reach FC (CAM) 2  -  1 Pulau Pinang Stadium Nasional, Bukit Jalil
12 4:15:PM Kuala Lumpur, SPA 3  -  0 Johor MBJB Stadium Permata Petronas, Bangi
14 8:45:PM Perlis 3  -  0 P.Pinang SDM Navy Kepala Batas Stadium Utama Negeri, Kangar
15 8:45:PM Johor 0  -  2 Terengganu PBDKT T-Team Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JB
17 February 2012
No. Time Home Away Venue
2 8:45:PM Perak 1  -  0 ATM Stadium Perak, Ipoh

Sumber : MSL | BHarian


Tags: , , , , ,

Category: Piala FA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. KEPUTUSAN PENUH PIALA FA MALAYSIA 18 FEBRUARI 2012 | SUARA SUKAN | 19/02/2012