LEMBAGA HITAM ‘CULIK’ NENEK 30 CUCU DI SUNGAI BARU

LEMBAGA HITAM ‘CULIK’ NENEK 30 CUCU DI SUNGAI BARU

1 110
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

LEMBAGA HITAM ‘CULIK’ NENEK 30 CUCU DI SUNGAI BARU | Salam 1Malaysia Semua. Sihat ke hari ni? Pada mereka yang masih belum makan tengahari tu silakanlah makan dahulu baru sambung berinternet pulak. Hari ini ammboi nak kongsikan cerita seram pulak. Yela, mesti ramai dah yang muak dengan entri sukan di blog ammboi sejak beberapa hari ni. Eh, sejak tahun ni ker? Hehe… Ceritanya berkenaan Lembaga Hitam Dukung Nenek di Sungai Baru. Nenek berkenaan yang bernama, Johara Ahmad, 83, mendakwa, sebelum ditemui jirannya di tengah-tengah sawah dalam keadaan letih, dia dijaga oleh tiga lembaga yang sukar dikenal pasti sama ada lelaki atau perempuan.

Beliau yang hilang dalam tempoh 24 jam pada Rabu lalu mengadu dilarikan dan dikawal oleh tiga lembaga hitam tidak dikenali sepanjang kehilangannya. Anaknya, Masitah Mat, 60, berkata, ketika kejadian dia keluar ke bank manakala Johara tinggal bersama adiknya, Zurina, 51, di rumah mereka yang terletak di Kampung Sungai Baru Tengah. Kehilangan ibunya itu menyebabkan beliau pulang awal dan berusaha mencari sekeliling rumah dan kampung berkenaan.

Masitah berkata, mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Alor Janggus bagi mendapatkan bantuan mencari ibu. Dia berkata, keesokan harinya (Khamis) jiran mereka memberitahu Johara telah ditemui di kawasan lopak berhampiran sawah padi yang terletak di Kampung Parit Buaya, kira-kira 5 kilometer (km) dari rumahnya.

Johara yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Lang dalam kalangan penduduk kampung tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu sejak dia dijumpai kira-kira jam 11 pagi. Masitah berkata, Johara juga memberitahu dia terlihat orang kampung yang sedang mencarinya di kawasan berkenaan, namun tidak boleh memanggil mereka kerana dihalang oleh lembaga itu.

Dia berkata, usaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai juga terhalang apabila hanya dia sahaja yang boleh nampak orang di sekelilingnya sedangkan orang lain tidak boleh melihatnya walaupun mereka berada di kawasan berhampiran. Masitah berkata, Johara hanya menceritakan suasana di tempat kejadian kepada mereka sekeluarga setelah mula mengingati apa yang berlaku. Apa pun, mereka sekeluarga berasa lega apabila Johara ditemui dalam keadaan selamat.

Penduduk, Ismail Othman, 70, berkata, sewaktu dia terjumpa dengan Johara, wanita itu sedang duduk di atas tanah yang telah dilalui oleh jentera padi. Dia yang sebak melihat keadaan Johara yang kelihatan pucat lesu segera mengangkat lalu memapah untuk dibawa pulang ke rumah. Ismail berkata, tidak banyak yang ditanyakan kepada Johara mengenai kejadian itu kerana sepanjang perjalanan pulang, dia berasa sedih melihat keadaan Johara.

Sumber : SinarHarian