KLServer

ASTRO NJOI | TV SATELIT TANPA LANGGANAN BULANAN

| Feb 22, 2012

ASTRO NJOI | TV SATELIT TANPA LANGGANAN BULANAN | Penyedia siaran televisyen berbayar negara (Astro), melancarkan perkhidmatan televisyen satelit tanpa langganan kepada pengguna di seluruh negara (NJOI). Melalui pelancaran itu, pelanggan Astro kini boleh memilih sama ada ingin menggunakan perkhidmatan televisyen (TV) berbayar Astro atau perkhidmatan TV percuma NJOI.

Pengguna bagaimanapun perlu membuat sekali pembayaran pada harga RM288 dan ba­yaran pemasangan RM100 di semua pe­ngedar sah NJOI, pelanggan akan memperoleh satu unit piring satelit luar rumah (dekoder), kad pintar dan alat kawalan jauh.

Saluran yang termasuk dalam Njoi daripada Astro terdiri daripada saluran pendidikan yang berkualiti, seperti TV Astro Tutor UPSR, PMR dan SPM, serta lain-lain saluran hiburan dan maklumat seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, Imus, TVi, TV1, TV2, Astro Xiao Tai Yang dan 19 stesen radio.

Perkhidmatan Njoi, yang boleh didapati di seluruh negara, menyampaikan kualiti Astro dan pilihan dalam pengaturcaraan secara percuma, dan merupakan satu langkah yang penting untuk Astro untuk kekal sebagai pilihan pelanggan hiburan rumah. Tanpa mengira sama ada rakyat Malaysia memilih untuk pergi dengan TV Berbayar atau Njoi – TV Satelit Percuma.

Jika Berminat Untuk Daftar Klik Bawah

PENDAFTARAN ASTRO NJOi

P/S : PERCUMA? BAGI AMMBOI NI BUKAN PERCUMA LAGI. DAH KENA BAYAR RM288. SIARAN YANG DIBERI CUMA SIARAN BIASA YANG TIDAK BERBALOI UNTUK BAYARAN RM288 DILAKUKAN. MUNGKIN ADA YANG BERPENDAPAT LEBIH BAIK PAKAI ARIAL SAHAJA. LAGIPUN, TV3, TV7, TV8, TV9 DAN SALURAN AL-HIJRAH PUN TAK ADA LAGI. APA KEHEL!?


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.