MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

JANJI SKUAD OLIMPIK MALAYSIA MAHU KECEWAKAN JEPUN!

| Feb 22, 2012

“KAMI sudah gagal ke Olimpik, tetapi kami ada maruah yang perlu dijaga!”

JANJI SKUAD OLIMPIK MALAYSIA MAHU KECEWAKAN JEPUN! | Itu pendorong yang menjadi bekalan buat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan rakan sepasukan menjelang aksi kelayakan Olimpik menentang Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Kita tahu Jepun adalah gergasi Asia dan jurang dengan Malaysia masih jauh, jadi mereka mempunyai reputasi yang perlu dijaga terutama apabila peluang menjuarai kumpulan dicabar sengit oleh Syria. Saya rasa tekanan kini lebih kepada Jepun kerana mereka memerlukan jaringan yang besar bagi mengatasi kedudukan Syria. Pada perlawanan pertama dulu, mereka sekadar menang 2-0 dengan Harimau Muda.

“Kami bermain bukan saja untuk negara, tetapi juga untuk peminat tempatan. Jika kemenangan dicapai di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok (malam ini), ia akan menjadi hari paling bersejarah buat bola sepak negara. Itulah tekad dan azam yang membara dalam diri kami.”

Khairul Fahmi adalah antara tonggak utama yang memastikan gawang negara tidak banyak dibolosi pada perlawanan pertama di Fukuoka sebelum ini. Sekurang-kurangnya 17 percubaan tepat diselamatkan penjaga gol utama negara itu dan aksinya turut mendapat perhatian media Jepun. Seorang lagi pemain yang beraksi cemerlang ialah Wan Zack Haikal Wan Nor tetapi pemain sayap itu tidak dapat beraksi malam ini akibat digantung perlawanan.

P/S : HARAP SKUAD OLIMPIK NEGARA MAHU MENGATASI JEPUN MALAM INI.  AMMBOI TAHU RAMAI PENYOKONG SETIA HARIMAU MALAYA MUDA MAHU MELIHAT PASUKAN INI MENCIPTA KEJUTAN.


Tags: ,

Category: SUKAN

Comments are closed.