TELEFON PINTAR MAMPU MILIK MALAYSIA DILANCARKAN APRIL 2012

TELEFON PINTAR MAMPU MILIK MALAYSIA DILANCARKAN APRIL 2012

2 224
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

TELEFON PINTAR MAMPU MILIK MALAYSIA DILANCARKAN APRIL 2012 | Telefon pintar baharu yang akan dipasarkan di Malaysia menjelang April, menyasarkan segmen pasaran mampu milik. Telefon berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M. Daud, berkata syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi “DMD Android Smartphone Communicator“, yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.

Telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial. Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan.

P/S : BUKAN NAK KUTUK… TAPI BENTUKNYA PUN DAH AGAK KETINGGALAN ZAMAN. APAPUN SYABAS DIUCAPKAN. SEMOGA IANYA MENJADI PLATFORM TERBAIK UNTUK TERUS MAJU DIMASA HADAPAN.