CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700 – RM2500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED...

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700 – RM2500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

wangiangaharupalmabrand iklanmurah

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700 – RM2500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54 | Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah :

  1. Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700
  2. Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000)
  3. Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500)
  4. Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800)
  5. Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500)

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.