KAFA SEMAKIN PANAS : PETER BUTLER YANG ‘LANTANG’ DIREHATKAN?
Takkala pengendali The Red Warriors, Peter Butler sah menjadi jurulatih pertama yang menerima nasib malang dalam kancah Liga Malaysia musim ini apabila direhatkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa serta-merta, semalam. Adakah ia merupakan kaedah terbaik untuk meredakan ketengangan dalam pasukan?
Berdasarkan makluman yang ammboi faham, tindakan drastik itu diambil setelah Butler sebelum ini dilihat lantang mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati kepada pihak media mengenai campur tangan pihak pengurusan terutamanya dalam menentukan kedudukan pemain import Kelantan sebelum ini.
Menurut Setiausaha Agungnya, Azman Ibrahim berkata, keputusan merehatkan Butler diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Kafa yang bermesyuarat pada 18 Februari 2012 lalu, namun baru di kuat kuasa semalam memandangkan pihaknya tidak mahu pasukan hilang fokus ketika saingan pusingan pertama Piala FA menentang Sarawak, minggu lalu.
Beliau mahu betulkan persepsi peminat dan media bahawa KAFA tidak menggantung Butler tetapi hanya merehatkan sahaja sehingga dia tampil memberikan penjelasan mengenai ketidakpuashatiannya mengenai pelbagai perkara berbangkit terhadap pihak pengurusan sebelum ini dan selagi isu ini belum selesai Butler tidak boleh melatih pasukan selagi jurulatih itu sedang menghadapi masalah ini. Namun, pihak pengurusan memberi peluang kepada Butler untuk tampil memberi penjelasan dan Kafa katanya sedia berbincang secara terperinci mengenai masalah dihadapi jurulatih itu.
Sehingga kini KAFA tidak menetapkan tempoh masa tertentu mengenai keputusan merehatkan Ketua Jurulatih Kelantan itu. Tugas melatih pasukan kini diuruskan kepada dua penolongnya, Zahasmi Ismail dan Sideek Samsuddin. Menurut Azman, soal mencari pengganti Butler tidak timbul sama sekali memandangkan pihaknya tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan baru-baru ini.
P/S : APA NOK JADI SEK THE RED WARRIORS NI. MAN U PON KALOH JUGOK TAPI XDOKLAH GEGE GERGOK!
Incoming search terms:
- masalah kafa (3)
- isu kafa (3)
- ghaddar trw (3)
- kelantan fa 2012 norshahrul idlan talaha (2)
- perodua makin panas (2)
- nama pemain kelantan president (1)
- panas trw (1)
- pemain bola sepak kelantan no 11 (1)
- pemain jersey 11 kelantan (1)
- pengganti peter butler kelantan 2012 (1)
Related Posts via Categories
Category: SUKAN, THE RED WARRIORS NEWS












