MULA 17/04/12 TAMAT 17/05/12

WAN SHADES SAMAN PENGENDALI BLOG ROTIKAYA.COM

| 25/02/2012 | 4 Comments

Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya. Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.

Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan. Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

Beliau menjelaskan artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruahnya sebagai artis dan nama baiknya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Beliau juga bersedia bersemuka dengan blogger Rotikaya.com untuk mendapatkan penjelasan, namun sehingga semalam  mereka gagal dihubungi. Wan Shades turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.- Sumber BHarian

Incoming search terms:

  • rotikaya (41)
  • wan shades (40)
  • wan shade (32)
  • rotikaya com (17)
  • rotikaya blog (8)
  • kumpulan shades (7)
  • blog rotikaya (7)
  • wan shades suspek (7)
  • penyanyi rogol anak tiri (5)
  • roti kaya (5)

Tags: , ,

Category: INFO SEMASA

About the Author ()

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri0868@gmail.com]

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. ZouL says:

    haih.mana la rotikaya tu dapat info mcm tu ye..tak pasal2 je kena saman…

  2. daddy zuki says:

    kerana mulut badan binasa….

Leave a Reply