TATU ERYKAH BADU BERKALIMAH ALLAH | KDN PANGGIL PENGARANG UTUSAN DAN THE STAR!
Akhbar berbahasa inggeris, The Star sekali lagi mencetuskan kontroversi yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Terdahulu akhbar berkenaan menyiarkan artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging babi. Kini akhbar berkenaan semakin berani dengan penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu, yang tertera kalimah Allah di dadanya pada halaman 17 sisipan Star Two, semalam.
Dilaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan akhbar The Star untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar bahasa Inggeris itu menyiarkan gambar penyanyi bertatu di badan termasuk kalimah Allah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata KDN juga akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar itu berhubung isu berkenaan. The Star diberi tempoh seminggu untuk memberi penjelasan secara bertulis mengenai perbuatannya dan tindakan susulan akan dibuat berdasarkan penjelasan diberikan. Sumber : BHarian
Incoming search terms:
- tatu erykah badu (24)
- gambar eyrika badu (2)
- tatu eryka badu (2)
- surat rasmi in bahasa inggeris (2)
- logo 1 malaysia kdn (2)
- maps berkalimah allah (1)
- utusan 17 04 12 (1)
- gambar tatu budak sarawak (1)
- kalimah allah (1)
- tatu erekah badu (1)
Related Posts via Categories
Category: INFO SEMASA












