MTUC MINTA PM CAMPUR TANGAN | HILANG KEYAKINAN PADA MENTERI SUMBER MANUSIA

MTUC MINTA PM CAMPUR TANGAN | HILANG KEYAKINAN PADA MENTERI SUMBER MANUSIA

0 62

Nasib pekerja swasta nampaknya mungkin bakal terbela dengan beberapa isu yang tidak menampakkan jalan untuk selesai sebelum ini pasti boleh diputuskan dengan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang meluahkan kekecewaan mereka terhadap Menteri Sumber Manusia kerana dianggap gagal selesaikan beberapa isu yang menyebabkan mereka sudah hilang keyakinan terhadap beliau.

Memetik laporan BHarian hari ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili 500,000 pekerja sektor swasta mahu mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak untuk meminta jasa baik Perdana Menteri campur tangan menyelesaikan beberapa isu berbangkit membabitkan ahlinya. Ini berikutan, MTUC yang turut dianggotai 260 kesatuan gabungan membuat ketetapan hilang keyakinan terhadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang didakwa mereka gagal menangani masalah pekerja.

Presidennya, Mohd Khalid Atan, berkata MTUC sudah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, kelmarin, menyatakan secara terperinci pendirian kesatuan itu dengan harapan mendapat nafas baru daripada pemimpin nombor satu negara. MTUC ingin bertemu beliau (Najib) kerana kami sudah hilang keyakinan terhadap Subramaniam, kerana beberapa isu yang dibangkitkan MTUC sebelum ini membabitkan kebajikan pekerja swasta dipandang remeh, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Khalid berkata, MTUC sudah banyak kali membantah pindaan kepada Akta Pekerjaan 1955, khususnya membabitkan sistem buruh kontrak, iaitu satu proses yang dilihat memutuskan hubungan antara majikan dengan pekerja. Kita juga berharap kerajaan menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat penubuhan kesatuan sekerja peringkat dalaman di Malayan Banking Bhd (Maybank) sedangkan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) sudah wujud kira-kira 50 tahun mewakili pekerja bukan eksekutif di bank itu.

Penubuhan kesatuan sekerja dalaman jelas bercanggah dengan Artikel 6 perjanjian bersama di antara NUBE dan Maybank, selain dua pegawai kanan NUBE yang juga pekerja Maybank dipecat Januari lalu, dakwanya. Mohd Khalid berkata, MTUC akan melancarkan kempen mendapatkan sejuta tandatangan daripada pekerja swasta di negara ini sebagai membantah pindaan kepada Akta Pekerjaan 1955. Maybank dalam kenyataannya pada 15 Februari 2012 lalu menegaskan pemecatan dua kakitangannya adalah disebabkan tindakan mereka memburukkan imej dan reputasi Maybank dan bukannya disebabkan pembabitan mereka dalam NUBE.