MY LEASE | KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SKIM PAJAKAN KENDERAAN?

MY LEASE | KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SKIM PAJAKAN KENDERAAN?

1 196

MY LEASE | Merupakan salah satu skim yang bakal dilancarkan sebagai altenatif kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan. Sebelum ini rakyat Malaysia hanya ditawarkan dengan skim pinjaman bank untuk membeli kereta dan mereka perlu menanggung kesemuanya berkenaan kereta itu sehinggalah ianya sudah tak boleh digunakan. Dari bab membayar ansuran, servis, cukai jalan, dan sebagainya lagi. EDARAN Otomobil Nasional Bhd (EON), sebuah anak syarikat DRB-Hicom Bhd melancarkan perkhidmatan skim My Lease, iaitu satu skim pemajakan kenderaan komprehensif pertama di Malaysia. Apa itu Skim Pemajakan Kenderaan? Apa kebaikannya dan keburukan Skim Pajakan Kenderaan pula berbanding skim yang lama?

Maksud Pajak ~ lebih kurang seperti ‘hak utk mengusahakan sesuatu dgn membayar sewa‘. Seperti yang kita sedia maklum, melalui Skim Pemajakan Kenderaan ini kita pajak kereta dengan DRB-Hicom kemudian kita bayar sewa bulan-bulan. Khabarnya banyak juga kebaikan Skim Pajakan Kenderaan ini selain dapat meringankan beban pengguna. Antaranya ialah :

KEBAIKAN SKIM PAJAKAN KENDERAAN - MY LEASE EON

  1. Pengguna bebas hutang. Bermakna pengguna tidak perlu berhutang dengan bank dan risau kereta kena tarik atau sebagainya. Kalau gagal bayar sewa pun pengguna tidak akan disenarai hitam oleh bank.
  2. Pengguna juga bebas dari masalah kereta. Urusan servis, kerosakan atau sebagainya ditanggung sepenuhnya oleh DRB-Hicom ni. Jadi tak payah keluarkan duit poket untuk baiki kereta lagi.
  3. Urusan cukai jalan serta insurans juga ditanggung oleh DRB-Hicom. Tak payah nak main kutu tiap-tiap tahun untuk kumpul duit nak bayar insuran kereta. Tak payah pening-pening nak berebut ambil kutu bulan berapa (sebab nak kasi sama dengan tarikh roadtax mati).
  4. Atau mungkin pengguna boleh sesuka hati untuk bertukar-tukar kereta lepas ini kerana tidak perlu risau harga kereta yang susut nilai. Bosan pakai yang A boleh hantar dan ambil kereta jenis B pulak.

KEBURUKAN SKIM PAJAKAN KENDERAAN - MY LEASE EON

  1. Sudah semestinya pelbagai syarat ketat akan dikenakan untuk urusan pemajakan kenderaan. Pengguna pastinya akan terikat dengan pelbagai terma semasa menggunakan kenderaan pajak. Ini kerana kereta berkenaan bukan milik tuan puan sepenuhnya.
  2. Lanjutan dari ‘kereta berkenaan bukan milik tuan puan’, makanya tuan puan tak boleh nak sesuka hati mengubahsuai kenderaan berkenaan. Jangan ada hati nak tukar sport rim atau sebagainya dan macam-macam hal lain lagi ler. (p/s : boleh tukar sport rim tapi bila nak hantar tukar yang asal balik)
  3. Dengarnya bayaran bulanan lagi rendah dari pinjaman bank. Betul ke? Rasanya lagi tinggi kot sebab macam-macam diorang tanggung. Takkan kita pajak cuma hanya isi minyak dan guna jer kot.
  4. Kereta tu sampai bila-bila pun takkan jadi milik kita. Dah selamanyalah kita takkan ada kereta sendiri. Berbeza dengan skim pinjaman bank, bila habis bayar kereta berkenaan dah jadi harta mutlak kita. Boleh wariskan untuk anak cucu jadi barang antik pun tak apa.

Apapun sama-sama kita tunggu dan lihat bagaimana Skim Pajakan Kenderaan dilaksanakan. Anda ada pendapat lain tak berkenaan Kebaikan dan Keburukan Skim Pajakan Kenderaan ni? Jom kongsi pandangan anda dibawah.