TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN WWW DIBUKA 30 APRIL 2012

TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN WWW DIBUKA 30 APRIL 2012

0 174

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan “WWW” yang bermaksud “World Wide Web” boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April 2012 ini. Tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei 2012 depan.

JPJ telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran “WWW’. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud “World Wide Web”. Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Harga Nombor Mengikut Kategori :

  1. Nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000
  2. Nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000
  3. Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300

Untuk makluman semua, harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan “MCA 1″ yang dijual dengan harga RM300,100 dan secara puratanya JPJ meperoleh pendapatan RM1.7 juta setiap tahun daripada tempahan nombor kenderaan.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan nombor agar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan. Borang tempahan itu boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my.