APPLE DIJANGKA LANCAR IPAD 3 MINGGU DEPAN (7 MAC 2012)

APPLE DIJANGKA LANCAR IPAD 3 MINGGU DEPAN (7 MAC 2012)

0 38

Kepada sesiapa yang baru sahaja membeli iPad 2 tu anda sudah semestinya salah seorang yang akan berasa menyesal. Ini kerana Apple bakal melancarkan iPad versi terbarunya iPad 3 pada 7 Mac 2012 ini. Apple dijangka melancarkan versi terbaru iPad pada satu majlis di San Francisco minggu depan. Apple menghantar jemputan kepada media hari ini dengan imej menunjukkan sebahagian daripada skrin iPad. Syarikat itu dijangka melancarkan versi ketiga komputer tablet itu tidak lama lagi menjelang sambutan ulang tahun pelancaran iPad 2.

iPad 3 dikatakan mempunyai rekabentuk yang sama dengan iPad 2 cuma beberapa kelebihan lain bakal membuatkan ianya adalah tablet yang terbaik dalam kelasnya. Dikhabarkan memiliki skrin beresolusi jauh lebih tinggi berbanding iPad 2, iPad 3 juga mempunyai kuasa yang lebih untuk memacunya. Harganya….?Harganya pula mungkin lebih mahal dari iPad 2, berharga antara RM1800 (versi wifi sahaja) sehingga RM2500 (versi wifi + 3g) mungkin untuk memastikan harga iPad 2 tidak jatuh. Sama-sama kita tunggu dan lihat yer.