GAMBAR ANAK MAWI DAN EKIN CAHAYA MALAIKA

| 01/03/2012 | 0 Comments

Setelah dua hari menanti, gambar wajah anak Mawi dan Ekin, yang diberi nama Cahaya Malaika, dikongsi bersama para peminatnya, hari ini. Gambar anak Mawi dan Ekin itu dibekalkan kepada media pihak Astro petang ini. Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan pada jam 4 pagi Selasa lalu di Hospital An-Nur, Bangi, Selangor.

“Jujurnya, saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama ini, namun debaran saya terbalas apabila mendakapnya. Saya pasti akan menjaga dan mendidik anak sulung saya ini sebaiknya. Saya dan Ekin akan membahasakan diri kami Abi dan Ummi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Astro, hari ini.


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.