MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2011 7 MAC 2012

| Mar 1, 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan 7 Mac 2012, Rabu depan. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

CARA SEMAKAN ONLINE DAN SMS STPM 2011

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM 2011 akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian.


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA, PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. titan says:

    dah nak keluar rupanya. hehe..

  2. sic codes says:

    I agreed with titan. Thank You!