REMY ISHAK DAN TIZ ZAQYAH BERPISAH?

REMY ISHAK DAN TIZ ZAQYAH BERPISAH?

0 68

Desas-desus mengatakan pasangan ini berpisah mula dikesan apabila laman sosial milik kedua-dua artis ini menggambarkan hubungan mereka sedang berantakan.  Namun Remy Ishak memilih jalan untuk berdiam diri  saat ditanyakan kesahihan berita dia sudah berputus kasih dengan Tiz Zaqyah.

Sejak gosip pasangan popular itu berpisah tersebar, hanya kenyataan Tiz yang kedengaran. Dia menafikan perkara itu. Sedangkan Remy, tiada sebarang komen diberi. Sebaliknya dia hanya mendiamkan diri sehingga membuatkan ramai menyangka, berita perpisahan itu benar. Penjelasan yang beliau berikan cuma perkataan ‘maaf’ seolah-olah tidak mahu memanjangkan cerita.

“Maaf, saya memang tidak mahu memberi komen berhubung perkara ini. Cukuplah sekadar saya mengatakan yang kami masih berkawan dan kami masih lagi berhubung,” demikian katanya apabila ditanyakan kesahihan cerita dia sudah berpisah dengan pelakon filem Cinta Kura-Kura itu.

Jika benar antara mereka masih mempunyai hubungan, sudah pasti Remy akan bertindak seperti Tiz yang sepantas kilat menepis dakwaan mengatakan mereka sudah berpisah. Namun, apabila soalan itu diajukan kepada Remy, amat sukar untuk dia menjawab pertanyaan itu dengan yakin. – BHarian