PENGUMUMAN SBPA BATAL SSM KEKAL | GAJI KUMPULAN PROFESIONAL DAN PELAKSANA NAIK 13 PERATUS

| 08/03/2012 | 11 Comments

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Perdana Menteri juga mengumumkan :

  • Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
  • Bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus)
  • Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan
  • Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus)
  • Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  • Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Berkenaan isu SBPA dan SSM ini memang sudah lama sangat baru selesai, namun ianya belum selesai sepenuhnya lagi selagi kita tak lihat sendiri Lampiran C yang dikhabarkan bakal menjadi struktur baru gaji penjawat awam dengan pengekalan SSM itu.

Isu bayaran tunggakan bermula 1 Januari 2012 juga kirim salam sahajalah. Dah namanya SBPA dibatalkan maka sudah tentu tunggakannya pun dibatalkan jugak. Pastinya ia boleh dianggap sebagai tidak adil untuk penjawat awam apatah lagi tempoh masa menunggu ini sepatutnya penjawat awam (yang gaji SBPA terdahulu naik banyak) sudah menerima kenaikan gajinya dengan gembira dan suka hati.

Pelarasan Gaji Baru SSM berkuatkuasa 1 Januari 2012Klik Sini Info Lanjut!

Apapun syukur tetap kena bersyukur. Cuma sedikit pesanan kepada pihak yang ‘berkenaan’, lain kali kalau nak buat sesuatu tu bawalah berbincang. Jangan main syok sendiri sahaja. Sekarang kesibukan anda berbulan-bulan tu hanyalah sia-sia sahajalah.


Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM, INFO SEMASA

Comments (11)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. puanbee says:

    wahhh … hari akk dt sini , theme dah lain laju jek loading yek amm

  2. nonama says:

    aku nak sambung kipas boss….klu cam tu……..hehehehe

  3. adanama says:

    gaji naik ker …turun ker….kos hidup sehari ke sehari kian bertambah…..1 malaysia…..hidup 1 malaysia…..
    barang naik
    minyak naik
    tol naik
    …..darah naik….
    kik,kik,kik….

  4. spy says:

    kalau di Thailand….kerajaan naikkan harga buah kelapa 1 sen….akan gegar satu Bangkok….tunjuk perasaan.
    klu di Malaysia ?
    Gegar kepala hotak….
    DEMOKRASI KER TU ?

  5. aboo says:

    Alhamdulillah naik lg byk dari skim sbpa

  6. ababil says:

    Alhamdulillah, kita ni belajar bersyukurlah, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang hidup melarat, melarat kakitangan awam di Malaysiapun, masih ada yang pakai lebih satu kereta dan satu bini, tinggal pula di rumah banglo setingkat dan dua tingkat, paling kecikpun rumah teres. Hadi syukurlah….nanti Allah akan angkat darjat kita sebagai mukmin…

  7. rakyat biasa says:

    aku cuma nak mengingati pada kerajaan. bahawa rakyat bukan sebodoh seperti mak bapak kita dahulu. rakyat sekarang cerdik pandai. takut rakyat akan bertindak secara diam. membenci kerajaan secara diam.
    jangan gula-gulakan rakyat seperti kanak-kanak tadika.
    aku cuma ingatkan saja. kerna aku rakyat biasa.
    aku tak kisah siapa memerintah kerna siapa menang dia akan memerintah masa itu akan mengaut untung dan menekan rakyat.

  8. rakyat biasa says:

    bagi aku politik ini sama saja. satu tujuan, satu matlamat. aku x heran ini semua. janji kita selamat, selesa dan aman. senang nk buat ibadat. usah punyai sifat munafik dan kianat sesama kita.
    aku sedih melihat org-org kita yang pentingkan diri sendiri x kira golongan bawahan juga atasan….
    bagi aku…hidup bukan menongkat langit. kaut sana kaut sini…pihak kerajaan juga pihak atasan kenalah mendengar keluhan bawahan
    kerna golongan bawahanlah yang menjolok kamu ke atas.
    golongan bawahan lah adalah TULANG BELAKANG negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.