KEJUTAN DAVID BECKHAM UNTUK ANAKNYA?

KEJUTAN DAVID BECKHAM UNTUK ANAKNYA?

1 60

Anak pasangan tekenal, Davi Bechkam dan Victoria, Brooklyn baharu saja menyambut hari lahirnya yang ke-13. Jika selalunya ibu bapa memberikan barangan sebagai hadiah hari lahir, berbeza pula dengan pasangan suami isteri terkenal ini. Anaknya itu dikatakan menerima kejutan khas sempena hari jadinya itu.

Anak lelaki sulung pemain bola sepak terkenal David Beckham, Brooklyn telah menerima kejutan apabila mendapat panggilan telefon daripada penyanyi R&B terkenal, Usher yang menyanyikan lagu hari jadi untuknya yang ke-13 pada 4 Mac 2012 lalu.

Menurut sumber kepada Daily Star, Brooklyn telah menerima panggilan telefon dari England sepanjang pagi tersebut, lalu dia menyangka ia mungkin sanak-saudara yang lain menelefonnya. Namun apabila dia menjawab panggilan tersebut, Usher menyanyikan lagu hari jadi untuknya.

Brooklyn yang sememangnya meminati penyanyi “Love In This Club” ternyata gembira dengan kejutan tersebut lalu memberitahu ayahnya bahawa ia merupakan hadiah terbaik pernah diterimanya. Beckham turut sempat meluangkan masa bersama anaknya itu dengan membawa menyaksikan perlawanan bola keranjang LA Lakers.

p/s : bila dah namanya kaya, semua boleh jadi kan….