CUEPACS MAHU GRED KUMPULAN TEKNIKAL DAN PERTANIAN DIKEKALKAN DIBAWAH SSM
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu gred kira-kira 70,000 penjawat awam dalam kumpulan teknikal, sains dan pertanian, yang dinaik taraf di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), dikekalkan walaupun skim itu telah dibatalkan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ini kerana tuntutan kenaikan gred kumpulan itu, yang melibatkan jawatan juruteknik, pembantu pertanian, pembantu veterinar serta pembantu renjer hutan, telah dilakukan kira-kira 15 tahun lepas dan hanya dilaksanakan selepas SBPA diperkenalkan.
Beliau berkata di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), jawatan juruteknik adalah mengikut Gred J17 manakala pembantu pertanian dan renjer hutan pula G17. Omar berkata selepas pelaksanaan SBPA, jawatan juruteknik Gred J17 dinaik taraf kepada Gred J27 manakala jawatan pembantu pertanian dan renjer hutan Gred G17 dinaik taraf kepada Gred G27.
Beliau berkata Cuepacs akan mengajukan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara pada pertemuan yang dijadual diadakan minggu depan. Selain itu, katanya, Cuepacs meminta jawatan yang dijumudkan di bawah kelayakan Penilaian Menengah Rendah dikekalkan dan bagi yang tidak cukup syarat, dikecualikan.
CARIAN BERKAITAN
- gaji baru ssm terkini (365)
- kesatuan pembantu pertanian (181)
- kenaikan gred ke j27 terbatal (152)
- kenaikan gred juruteknik (149)
- juruteknik j27 (147)
Category: Info Kakitangan Awam





























aku tak berapa setuju benda nie…
asyik cakap je…
gaji tak naik…
kesian rakyat harga barang naik…
TopiJerami90 recently posted..Keputusan Piala Fa Pusingan 2
I agreed with TopiJerami90. Thank You!
bankruptcy code recently posted..Bankruptcy Code
cakap berapa …tapi hasilnya kosong..cam tin kosong bunyi kuat dalam isi pun tak derkk