MULA191014TAMAT190115
KLServer

GURU BAKAL NIKMATI PELARASAN GAJI DAN KENAIKAN PANGKAT MENGIKUT ‘TIME BASED’

| Mar 10, 2012

Sebelum ini penjawat awam dihadiahkan perkhabaran gembira (walau tak berapa nak gembira kita kena bersyukur) setelah menerima pelarasan gaji sebanyak 13 peratus. Kini seramai 480,000 guru di seluruh negara bakal mendapat khabar gembira berhubung penyelarasan skim tangga gaji dan kenaikan pangkat secara ‘time based’ yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran bagaimanapun sedang menunggu butiran mengenai penyelarasan itu dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga berharap JPA dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ini selaras dengan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BH


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. BOBOB says:

    pasni makin ramai la yg jd malas. Yg mmg jenis malas tu mmg la akan kekal malas, yg rajin pun akan jd malas sbb buat apa kerja bagai nak rak kalau hasilnya sama dgn puak2 pemalas dan bermasalah. Kelegaan buat pekerja yg malas. Bos2 pula, xpayahla susah payah buat penilain prestasi. Cukup haul, gaji tetap naik. Tb ahniah kpd program transformasi idea PM Najib kita. Sokongla BN (barang naik, korang tunggu jela)

    • cikgu rajin says:

      nak marah sangat kat cikgu, apa hal. kalau tak ade cikgu awak tu pun entah tahu 3M entah tidak. lita ni jangan busuk hati kat orang lain.

      hati mahu bersih,iklas. baru lah hidup tu tenang.

  2. boboi says:

    kalau gaji x naik marah…gaji dinaikkan pun marah…yang mana betul awak ni…yang beri naik gaji pun kena marah…dah gila agaknya….

    • Horsehoe magnet says:

      sapa marah..cikgu tu takmarah pun…cuba awak baca balik apa yg dia taip…yg sbenarnya gila tu awak…meroyan ke…tu lah bila cikgu ajar dlm kelas awak xtumpu phatian…skrg nak baca komen org pun xbaca betul..lgpun dah rezeki para cikgu nk buat caner…malas takmalas tu bukan hal awak…hah sapa suruh xskolah pandai2 spy dpt kja gomen yg bgaji besar mcm pengarah ker…skrg nk salahkn org pulak