FASHA SANDHA KAHWIN APRIL 2012

| 12/03/2012 | 0 Comments

Khabar mengenai perkahwinan aktres Fasha Sandha bukan lagi rahsia buat peminat dan industri seni. Sebelum ini, pelbagai spekulasi mengenai tarikh perkahwinan Fasha hangat diperkatakan dan terbaru, Fasha dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya 29 April 2012 ini bersama jejaka pilihannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Tidak menafi kan khabar angin itu, Fasha tidak lagi berteka-teki mengenai perancangannya untuk bergelar isteri tidak lama lagi. Enggan mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya, Fasha mengakui bakal melangsungkan perkahwinan April ini dalam suasana sederhana.

Gambar Fasha Sandha dan Jejai yang dikatakan sedang kursus kahwin

Fasha berkata atas permintaan bakal suaminya itu beliau perlu rahsiakan dulu tarikh pernikahannya itu. Tambah beliau lagi, apabila tarikh berkenaan hampir dekat baru akan edarkan kad tanpa mengadakan sebarang sidang media untuk mengumumkan tarikh itu.

Beliau dikatakan hanya merancang majlis yang sederhana dan tidak pernah mengimpikan majlis besar-besaran dengan gelaran Wedding Of The Year, cukuplah sekadar majlis itu sederhana tetapi sentiasa diingati, katanya yang bakal melangsungkan pernikahan di rumah yang dibeli bakal suaminya di Ampang.


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.