KERAJAAN KELANTAN TERUSKAN USAHA BINA STADIUM SENDIRI

KERAJAAN KELANTAN TERUSKAN USAHA BINA STADIUM SENDIRI

wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bercadang membina sebuah bernilai RM300 juta di Bandar Baharu Tunjung. Namun usaha Kafa itu tidak mematahkan usaha kerajaan negeri Kelantan untuk meneruskan cadangan membina stadium sendiri menerusi projek bersepadu secara penswastaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Gambar Bakal Stadium Baru KAFA Di Tunjung – The Fortress

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, ada lebih banyak stadium lebih baik dalam usaha kerajaan membangunkan bidang sukan bola sepak di negeri ini dan kerajaan negeri merasakan keputusan Kafa itu tidak menjejas cadangan asalnya.

Pembinaan stadium bersekali projek lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu itu adalah berikutan kegagalan kerajaan negeri berunding dengan Kerajaan Pusat untuk membina stadium terbesar di Bandar Baru Tunjung kerana melibatkan kos yang tinggi. Pada masa sama kerajaan negeri akan meneruskan rancangan menaikkan taraf Stadium Sultan Muhammed Ke-IV bagi membolehkan penganjuran sukan yang lebih besar dan bertaraf dunia.