1,623 PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU DITERIMA SEHINGGA JANUARI 2012

1,623 PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU DITERIMA SEHINGGA JANUARI 2012

0 152

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan sebanyak 1,623 permohonan bagi mendapatkan jaminan di bawah Skim Rumah Pertamaku telah diterima sehingga Januari tahun ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 280 pinjaman telah diberikan jaminan dengan nilai RM41.1 juta.

Beliau juga berkata Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah melaksanakan 56 projek perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana melibatkan 37,757 unit sehingga Januari lepas. Bagi program Rumah Mesra Rakyat pula, SPNB telah menyiapkan 17,749 unit rumah di seluruh Malaysia.

Perdana Menteri berkata bagi tempoh yang sama, 32,762 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 25 projek telah siap dibina dan 2,100 unit sedang dalam pembinaan di Kuala Lumpur bagi menampung kekurangan rumah kos rendah di kawasan Lembah Klang. Pembinaan rumah kos rendah oleh pemaju perumahan swasta mengikut kuota yang ditetapkan kerajaan negeri juga telah dapat membantu meningkatkan pemilikan rumah golongan berpendapatan rendah di bandar-bandar seluruh negara.

Untuk Permohonan Skim Rumah Pertamaku

KLIK SINI