KLServer

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN STPM 2012 – CALON SWASTA

| 15/03/2012

Untuk makluman pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2012 telah dibuka dari 9 Januari 2012 yang lalu. Pendaftaran sesi ini adalah untuk mereka yang bercadang untuk mengambil STPM pada hujung tahun ini (2012). Apapun ammboi cuma nak sampaikan peringatan ini bagi calon swasta yang berminat untuk ambil peperiksaan STPM 2012. Ini kerana tarikh pendaftaran bagi calon swasta akan ditutup pada 29 Mac 2012.

Syarat Kelayakan Menduduki STPM

  • Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Malaysia* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
  • Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
  • Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
  • Malaysia Certificate of Education
  • Federation of Malaya Certificate of Education
  • Cambridge School Certificate
  • GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
  • Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2000 hingga tahun 2010 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat; sekurang-kurangnya gred 6C bagi tiga mata pelajaran, atau sekurang-kurangnya gred 6C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran
  • Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.
  • Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negeri yang setaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

* Calon yang memenuhi syarat No.7 di atas tetapi gagal Bahasa Malaysia boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Malaysia yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan. Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Malaysia peringkat peperiksaan SPM.

** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE.

Kadar Bayaran STPM 2012

Berikut adalah bayaran yang dikenakan untuk peperiksaan STPM:

  • Bayaran asas RM 55.00
  • Bayaran untuk 1 mata pelajaran RM 35.00
  • Pembelian nombor Pin MEC RM 1.00

Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan.

Pendaftaran STPM 2012

  • Pendaftaran peperiksaan STPM perlu dilakukan secara online melalui laman web MPM di Sistem Pendaftaran Online.
  • Perdaftaran online ini perlu didahului dengan pembayaran yuran asas dan mata pelajaran secara:
  • Perbankan internet menggunakan akaun bank atau kad kredit, ATAU
  • Pembelian nombor Pin MEC di BSN

Tarikh Tutup Pendaftaran STPM 2012

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STPM 2012 bagi calon sekolah kerajaan adalah pada 10 Februari 2012 yang lalu.
  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STPM 2012 bagi calon persendirian individu dan sekolah swasta adalah pada 29 Mac 2012 ini.
  • Bagi yang gagal mendapat tawaran ke IPTA pengambilan 2012, tarikh tutup adalah satu minggu selepas keputusan memasuki IPTA diumumkan.

Semakan Status Pendaftaran STPM 2012

Majlis Peperiksaan Malaysia tidak akan mengeluarkan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC). Calon perlu menyemak sendiri status pendaftaran dan mencetak LPKC melalui laman web MPM atau secara SMS mulai 15 Jun 2012 nanti. Bagi yang mendaftar lewat kerana gagal memdapat tawaran IPTA atau IPTS perlu buat semakan sebelum 17 September 2012.

Tarikh Peperiksaan STPM 2012

Sila rujuk Tarikh Peperiksaan Awam 2012 untuk mendapatkan tarikh dan jadual peperiksaan STPM 2012.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2012

Ujian Lisan 18 – 20 September 2012
24 – 26 September 2012
Ujian Bertulis 19 Nov – 13 Disember 2012

Sumber : e-Putra


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA, PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. yan says:

    assalamualaikum
    sy merupakan calon persendirian.sy mengulang semula peperiksaan tahun ini.apa yg diberitahu kepada sy no pin mec bg calon luar sejumlah RM 195.00 bagi 4 mata pelajaran.adakah maklumat yg sy dapat ini benar?