SINOPSIS DAN MOVIE TRAILER JIDIN SENGAL – BILA EKSTRA JADI SUPERSTAR

| 18/03/2012 | 0 Comments

SINOPSIS FILEM JIDIN SENGAL | JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? Semuanya akan terjawab dalam filem komedi “JIDIN SENGAL”, berlegar-legar di pawagam 22 Mac 2012.

PELAKON FILEM JIDIN SENGAL | Along Cham – Jidin (Pelakon Utama), Angah Raja Lawak – Bob Dobot (Pelakon Utama), Jue Aziz – Amy (Pelakon Utama), Faezah – Ella Sunti (Pelakon Utama), Zack – Iskandar (Pelakon Utama), Azrul Zaidi – Jay-Z (Pelakon Utama), Ernie Chen – Pengarah Ernie (Pelakon Pembantu), Natalie – Farah (Pelakon Pembantu), Amyza Aznan – Direktor telemovie (Artis Jemputan), Norman Hakim – Cameo Pelakon Lelaki (Artis Jemputan)

WATAK PELAKON DAN JIDIN SENGAL

ALONG SEBAGAI JIDIN

Sejak kecil, Jidin meminati bidang lakonan. Ini kerana teman baiknya, yang juga ‘cinta hatinya’ Piah merupakan seorang pelakon pementasan sekolah yang terkenal di kampung mereka. Pada masa yang sama, kampungnya juga sering dikunjungi oleh produksi-produksi yang datang membuat penggambaran di rumah-rumah kampung di situ. Jadi tidak hairanlah jika Jidin membesar dengan cita-cita untuk menjadi seorang pelakon popular, sama seperti Piah. Harapan Jidin untuk terus bersama Piah musnah apabila Piah tiba-tiba hilang dari hidupnya. Sehingga dewasa, wajah Piah masih terbayang di fikirannya. Lalu pada usia awal-20-an, Jidin berhijrah ke bandar untuk mencari Piah. Jidin kurus keding dan tak berapa kacak, dressing pun takda style, kurang keyakinan diri, dan perangainya sengal. Jadi tidak hairanlah peluang untuk menjadi pelakon utama tipis. Dia bertemu dengan Bob Dobot, pelakon ekstra professional, dan memandang tinggi kepada Bob untuk panduan dan nasihat tentang tips-tips lakonan. Hubungan mereka seperti adik-beradik, kadangkala seperti couple bercinta pun ada. Dia meminati hiburan berunsur Korea, dan mengambil tips dari fesyen di situ apabila ingin bergaya. Jidin yang bersikap lurus bendul tahu hanya ada dua perkara yang dia mahu dalam hidup – menjadi seorang pelakon terkenal, dan menemui cinta sejatinya Piah. Tapi apabila dia akhirnya bertemu Piah, dia mula keliru tentang apa dicarinya selama ini.

ANGAH RJL SEBAGAI BOB DOBOT

Bob Dobot, seorang pelakon ekstra yang sudah lama bertapak di dalam industri. Bob berbadan gempal, berkulit gelap tidak mempunyai ‘pakej’ yang sering dicari produser untuk menjadi watak utama. Jadi sehingga kini, wataknya hanya sebagai ekstra lalu-lalang. Walaupun begitu, Bob sebenarnya seorang yang bijak dan banyak mengambil panduan lakonan dari pengamal senilakon luar negara. Seorang yang berkeyakinan tinggi dan berwawasan, dan semua yang dilakukannya penuh ‘method’ dan seni. Bob lah yang bertanggungjawab membawa Jidin ke dunia lakonan. Walaupun saat perkenalan Jidin dan Bob bermula dari langkah kiri, mereka menjadi kawan baik dan tinggal bersama. Bob merupakan sifu kepada Jidin yang cetek ilmunya dalam bidang lakonan. Meminati dan menjadi pengamal seni mempertahankan diri. Juga sangat meminati Ella Sunti, pelakon wanita yang cantik jelita.

JUE AZIZ SEBAGAI AMY

Bekerja di dalama bidang produksi sebagai seorang pembantu pengarah, Amy seorang yang berpewatakan tegas dan bersifat tomboy, walaupun rupa parasnya sebenarnya cantik dan comel. Dia bagus dalam menjalankan kerjanya, dan tidak menerima apa-apa kerenah merepek dari sesiapa pun. Pada mulanya membenci Jidin, kerana satu insiden yang berlaku pada pertemuan pertama mereka. Tetapi lama-lama dia menyedari keihkhlasan Jidin, dan mula jatuh hati padanya, dan pada masa ini terserlah sifat lembut dan kewanitaan Amy.

FAEZAH ELAI SEBAGAI ELLA SUNTI

Seorang pelakon wanita jelita yang sedang meningkat naik. Berumur awal 20-an, Ella seorang pelakon wanita yang disukai ramai kerana berpewatakan menarik dan berimej bersih. Kaum lelaki meminatinya, termasuk Bob. Tetapi imej bersih Ella sebenarnya dibayangi oleh satu rahsia gelap.

AZRUL RJL SEBAGAI JAY-Z

Jay-Z The Playa, lelaki berumur pertengahan 30-an, meminati gaya hidup hiphop. Imej dan stylenya pun hip-hop habis. Gaya percakapan dan pelatnya pun berslang mat salleh, tetapi berbau loghat pantai timur.. Ini kerana dia sebenarnya Melayu tulen, nama sebenar Jenal Bin Zenudin dan berasal dari Dungun, Terengganu. Dia mengamalkan gaya hidup hip-hop ini kerana merasakan yang dia sudah berumur, dan itu adalah satu-satunya cara untuk dia dapat berkawan dengan pelakon ekstra-ekstra lain yang kebanyakannya orang muda. Berkawan baik dengan Jidin dan Bob. Dia juga seorang pelakon ekstra seangkatan dengan Jidin dan Bob. Dia selalu melepak di kedai Pakcik Don tempat Jidin bekerja. Segala gosip tentang produksi dan job-job baru pasti sampai kepada Jay-Z dan tugasnya adalah untuk dikongsikan bersama seluruh dunia. Pantang mendengar ada lubang baru Bob dan Jidin mesti masuk line.

ZAC X-FACTOR SEBAGAI ISKANDAR

Seorang pelakon ekstra sepenuh masa. Iskandar kacak, berpewatakan ‘stylo’, pakaiannya ‘trendy’, dan memandu kereta Kelisa jenis Evo (dalam ertikata lain, Kelisa modified). Dia seorang yang ‘charming’, playboy, poyo dan seorang kaki buli. Suka berlagak macho dan ‘best’ di hadapan pelakon-pelakon ekstra yang lain, dia sebenarnya takut kepada tuan pengarah filem. Iskandar dianggap sebagai ‘taiko’ dalam dunia pelakon-pelakon ekstra, kerana dia telah banyak berlakon berdialog dalam drama TV. Mempunyai seorang pembantu peribadi bernama Kempis. Iskandar juga menjadi ejen untuk memanggil ekstra-ekstra yang lain berlakon. Sebagai seorang playboy yang berpengaruh, dia menyalahgunakan kelebihannya dengan berdating dengan ramai pelakon-pelakon wanita ekstra di sekelilingnya. Iskandar pilih kasih dan hanya seringkali memanggil kroni-kroninya untuk berlakon

MOVIE TRAILER JIDIN SENGAL

FILEM JIDIN SENGAL 22 MAC 2012

DOWNLOAD | FREALSHARE | RMVB | SINGLE LINK

SELAMAT MENONTON!


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.