TEMPOH RAYUAN BR1M DILANJUTKAN

TEMPOH RAYUAN BR1M DILANJUTKAN

0 196
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini (mungkin sehingga 31 Mac 2012). Pihak berkenaan akan buat semakan semula borang permohonan yang dihantar sebelum ini bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500 itu.

Untuk makluman, sebelum ini kerajaan memutuskan 15 Mac 2012 sebagai tarikh akhir permohonan bagi individu yang tidak berjaya menerima bantuan. Kerajaan tak tetapkan tarikh akhir baru permohonan namun berharap mereka yang mahu membuat rayuan atau permohonan BR1M dapat menyegerakan tindakan mereka. Sehingga kini 90 peratus daripada 200,000 pemohon berjaya menerima bantuan itu dan kegagalan permohonan sebelum ini adalah berpunca daripada masalah teknikal.