KLServer

ADA LAGI KES GADIS HILANG DI PAHANG?

| 22/03/2012

Macam dah jadi musim pula, kes anak gadis hilang nampaknya semakin menjadi-jadi. Lepas satu, satu kes berlaku. Ada yang kata kena culik la, ada yang lari ikut teman lelaki la (ni kes bangang!) dan ada yang hilang tanpa kesan. Nampaknya pihak berkuasa dan keluarga terus tercabar dengan isu sebegini.

Kerana, keluarga disalahkan sebab anak mereka lagi, dan anak-anak pula tuduh keluarga punca tekanan. Padahal dia dah mabuk cinta, mabuk rindu, tak padan dengan belasan tahun pun dan gila-gila bagai nak rak. Pihak berkuasa pula dipertikaikan kerana dikatakan gagal untuk mengawal keselamatan setempat. Kesian pula rasanya.

Untuk makluman kes terbaru remaja atau anak gadis hilang ini sekali lagi berlaku. Diberitakan seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut. Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya.

p/s : jangan lepas ikut pakwe lagi sudah ler…


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. JR says:

    bulan ni je dah 4 yg hilang….. jgn ammboi yg hilang sudah…hahahaha….