MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

NOKIA ASHA 202 DAN 302 JIMAT SERTA PRAKTIKAL

| Mar 22, 2012

Bagi mereka yang tercari-cari model telefon yang murah, jimat dan praktikal dengan kos yang rendah, rasanya jawapan itu ada pada model Nokia Asha 202 atau Asha 302. Nokia sering kita gambarkan sebagai pengeluar telefon yang senantiasa utamakan kualiti. Walaupun dengan harga yang murah ia jauh lebih baik dari produk jenama ‘cap ayam’ yang lain.

Model Asha 302 dan Asha 202 merupakan rangkaian pertama produk telefon pintar Nokia Siri 40 yang menyokong aplikasi Ail for Exhange bagi kemudahan pengguna mengakses e-mel, senarai kontak dan kalendar. Nokia Asha 302 disertakan bersama papan kekunci QWERTY bergaya, operasinya sesuai untuk usahawan muda serta golongan korporat yang sedang mencari telefon pintar dengan reka bentuk pintar dan canggih.

Untuk Nokia Asha 302, pacuan pemproses 1GHz mampu menyokong kelajuan data sehingga 3.5G unutuk menghubungkan pengguna dengan rangkaian sosial media popular seperti WhatsApp dan perkhidmatan laman sembang (IM) lain.Di samping itu, kelajuannya yang mampu memampatkan data sehingga 90 peratus juga memberi peluang kepada pengguna mengurangkan kos supaya mereka dapat menikmati rangkaian lebih baik.

Sementara model Nokia Asha 202 pula didatangkan bersama ciri teknologi dua slot sokongan untuk kad SIM dengan pengurusannya mampu menyimpan maklumat unik sehingga lima kad SIM. Ia turut disempurnakan bersama papan kekunci tradisional dan skrin sentuh 2.4 inci bagi memudahkan pengguna menjalankan aktiviti pelayaran, skrol dan membuka aplikasi. Nokia Asha 202 ditawarkan pada harga kurang RM250 dan dijangka berada di pasaran pada suku kedua tahun ini.

Secara asasnya, kedua-dua peranti tersebut memberi pengguna pengalaman pelayaran internet terbaik melalui Nokia Browser selain kandungannya lebih mudah dicapai pada paparan utama secara peribadi dan teratur. Maklumat lanjut mengenainya, layari laman web www.nokia.com


Tags: , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments are closed.