MULA191014TAMAT190115
KLServer

SISTEM PERMOHONAN ONLINE KE IPTA DAN POLITEKNIK 2012

| Mar 22, 2012

Calon-calon lepasan SPM 2011 sudah tentu kini sibuk dengan urusan pendaftaran kemasukan ke IPTA mahupun Politeknik bagi sesi pengajian tahun 2012 kan. Ammboi dulu pun pernah alami masa-masa seperti ini dan semestinya kesibukan yang melanda ni memeningkan kepada otak adik-adik kita ni. Disini ammboi cuma nak sampaikan maklumat dan link berkenan pendaftaran ke IPTA atau Politeknik ni.

SISTEM KEMASUKAN PERMOHONAN PELAJAR ONLINE

[link remove, tunggu pengambilan sesi 2013 pula]

Sebagaimana yang ammboi faham, portal ini adalah rasmi untuk permohonan ke IPTA dan Politeknik serta Institut-Institut latihan lain bawah pelbagai jabatan. Lepasan SPM yang ingin memohon ke Politeknik perlu mengemukakan 2 (dua) permohonan iaitu Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier dan Permohonan Kemasukan Ke TEVT-Politeknik/ILKA menggunakan No. Unik ID yang sama.

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut. Untuk makluman, permohonan ke ILJTM (ADTEC/ILP/JMTI) bagi lepasan SKM bagi Ambilan 2012/2013 diuruskan sendiri oleh Jabatan Tenaga Manusia. Sila rujuk laman web http://www.jtm.gov.my untuk permohonan dan maklumat lanjut.

9 JANUARI – 2 APRIL 2012 :

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / POLITEKNIK / ILKA BAGI SESI AKADEMIK 2012/2013 :

I – LEPASAN SPM/SETARAF (FASA2)
II – LEPASAN STPM
III- LEPASAN STAM
IV- LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
V – LEPASAN MATRIKULASI/ASASI (FASA 1)
VI – LEPASAN SKM

TARIKH-TARIKH PENTING MENGENAI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / TEVT(POLITEKNIK) DAN ILKA SESI AKADEMIK 2012/2013.

Sekiranya ada apa-apa masalah dengan maklumat dan link diatas sila rujuk ke upu.mohe.gov.my


Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Comments are closed.