MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

7 AKSI PERLAWANAN PERSAHABATAN MENANTI HARIMAU MALAYA

| Mar 23, 2012

Pengurus pasukan kebangsaan, mengesahkan sebanyak tujuh perlawanan antarabangsa akan dihadapi skuad negara sebagai rangka persediaan mempertahankan Piala AFF Suzuki tahun ini. Kata beliau lagi, setakat ini hanya Singapura yang mengesahkan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan.

Malaysia disahkan akan menentang Sarawak nmalam esok (24 Mac 2012), kemudian akan bertemu India pada 29 Mei 2012 dan seterusnya menentang Singapura pada 8 dan 12 Jun 2012. Selebihnya masih belum memberikan jawapan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai kesediaan mereka menerima pelawaan.

Menurut beliau, pasukan kendalian Datuk K. Rajagobal masih berada di landasan yang tepat untuk mempertahankan Piala AFF dan tanggungjawab ini seharusnya dipikul bersama bagi memperkasakan lagi pasukan kebangsaan. Sementara itu, Rajagobal setakat ini telah menguji seramai 67 pemain sejak Julai tahun lalu dan usaha berterusan itu akan dilakukan bagi mencari 35 pemain untuk senarai akhir Piala AFF Suzuki tahun ini.


Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: SUKAN

Comments are closed.