iPHONE BARU DILANCARKAN PADA SUKU KEDUA 2012

iPHONE BARU DILANCARKAN PADA SUKU KEDUA 2012

0 62

IPHONE 5 baru keluaran Apple Inc akan dilengkapi dengan paparan yang lebih tajam dan besar bersaiz 4.6 inci dan dijangka dilancarkan sekitar suku kedua, lapor media dari Korea Selatan semalam. Jualan iPhone, yang pertama kali diperkenalkan pada 2007 dengan templat skrin sesentuh kini mula di adaptasi oleh pesaingnya, menyumbang kepada kira-kira separuh daripada jualan keseluruhan Apple.

Apple telah memutuskan untuk menggunakan paparan yang lebih besar bersaiz 4.6 inci bagi keluaran iPhone seterusnya dan mula melakukan penempahan daripada pembekalnya, kata akhbar perniagaan, Maeil, tanpa menyatakan nama sumber industri. Pembekal utama paparannya, LG Display dan Samsung Electronics Co enggan memberi komen.

Samsung, yang juga pencabar terbesar Apple dalam telefon pintar, menggunakan paparan OLED 4.6 inci terhadap telefon pintarnya, Galaxy S II, yang diperkenalkan April tahun lalu. Paparan retina berkuasa tinggi, yang mengandungi bilangan piksel lebih tinggi dalam kawasan sama, digunakan dalam iPad terbaru yang dilancarkan awal bulan ini. – BH