MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

UJIBAKAT IMAM MUDA 3 SECARA ONLINE YOUTUBE

| Mar 23, 2012

Langkah yang sungguh simple dan pastinya hasil lebih menarik. Itulah yang dimanfaatkan oleh penganjur Imam Muda 3 yang memanfaatkan teknologi dan kemudahan yang ada untuk menjalankan ujibakat pemilihan peserta barunya. Medium yang digunakan adalah Youtube.

Nampaknya proses uji bakat program yang diwujudkan bagi memartabatkan status imam, Imam Muda, semakin canggih dan sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Khabarnya, uji bakat secara atas talian itu sudah pun bermula sejak 19 Mac 2012 lalu dan akan berakhir pada hujung bulan ini.

Sejak dilancarkan tiga tahun lalu, program ini memang berjaya mencetuskan fenomena tersendiri. Bukan sekadar menggamit perhatian peminat dan media dalam negara, malah ia juga mengundang perhatian media luar negara, yang sudah pun dua musim memberikan fokus kepada program terbabit.

Langkah dan Syarat Penyertaan Imam Muda 3

Lelaki Islam berumur 18 hingga 30 tahun digalakkan untuk turut serta dalam Imam Muda musim ketiga. Peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mempunyai latar belakang agama Islam yang baik.

Peserta hanya dikehendaki melayari www.imammuda.com.my untuk memuat turun borang untuk diisi. Kemudian peserta dikehendaki merakam dengan video kamera dua bacaan dalam al-Quran seperti yang ditetapkan. Rakaman yang lengkap hendaklah dimuat naik ke laman YouTube melalui akaun yang dibuka oleh peserta uji bakat sendiri. Borang yang lengkap berserta pautan video di YouTube hendaklah dihantar ke e-mel imammuda@astro.com.my.

 


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. muazfaris says:

    menarik betul, layakkah aku utk join ni?? hehe