MALAYSIA LEOPARDS KALAHKAN VIETNAM 2-1 MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA AXIATA 2012

MALAYSIA LEOPARDS KALAHKAN VIETNAM 2-1 MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA AXIATA 2012

0 53
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Malaysia Leopards melayakkan diri ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata 2012 setelah memenangi perlawanan kedua peringkat kumpulan di Arena Tertutup Senayan di Indonesia. Walaupun tewas pada perlawanan perseorangan pertama, skuad pelapis negara itu bangkit menerusi beregu dan perseorangan kedua untuk meraih dua mata kemenangan ketika menentang pasukan Vietnam.

Perseorangan negara Misbun Ramdan Misbun tewas di tangan pemain nombor 12 dunia Nguyen Tien Minh 10-21, 15-21. Kekalahan beliau bagaimanapun ditebus beregu negara Ow Yao Han/Chooi Kah Meng yang mudah menundukkan Bai Bang Duc/Dao Manh Thang 21-8, 21-8.

Pemain nombor dua remaja dunia Zulfadli Zulkifli terpaksa bermain tiga set sebelum berjaya mengenepikan saingan perseorangan ketiga Vietnam Nguyen Hoang Nam 21-19, 16-21, 21-14.

Malaysia Leopards bakal berhadapan cabaran getir Ahad ini apabila dijadualkan bertemu Indonesia Garuda yang dibarisi pemain utama republik itu termasuk bekas juara dunia Taufik Hidayat dan beregu nombor enam dunia Mohammad Ahsan/Bona Septano.