BOLA KAMPUNG THE MOVIE FILEM ANIMASI MALAYSIA TERMAHAL

BOLA KAMPUNG THE MOVIE FILEM ANIMASI MALAYSIA TERMAHAL

1 191
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Penerbitan filem animasi di negara ini semakin rancak apabila Animasia Studio Sdn. Bhd. berjaya menerbitkan filem Bola Kampung The Movie yang merupakan filem animasi tempatan yang paling mahal dengan kos mencecah RM6 juta sejak ia memulakan penggambaran dua tahun lalu.

Bola Kampung The Movie merupakan kesinambungan daripada siri kartun televisyen dengan judul yang sama dan diterjemahkan ke layar perak selepas kejayaan kartun buatan Malaysia itu. Kos pembikinan Bola Kampung The Movie bukan sahaja mencecah RM6 juta sebagai yang paling mahal setakat ini tetapi pembikinannya juga mengambil masa dua tahun.

MOVIE TRAILER BOLA KAMPUNG THE MOVIE

Bola Kampung The Movie menampilkan ramai pelakon popular yang meminjamkan suara mereka untuk watak-watak dalam filem itu antaranya Afdlin Shauki, Deanna Yusof, Douglas Lim, Aznil Haji Nawawi, Baki Zainal, Rahim Omar, Aizat, Noh Hujan, Harun Salim Bachik dan Ezlynn. Filem yang menampilkan watak-watak kartun seperti Iwan, Sabok, Azeizul dan Nasha banyak menggunakan imej komputer grafik (CGI) dan bakal menjengah pawagam seluruh negara pada hujung tahun ini. – MH