BUDAK 11 TAHUN YANG HANTAR SMS UGUTAN KEPADA IBU NURUL NADIRAH (DIRANG)

| 26/03/2012 | 0 Comments

Negara baru-baru ini dikejutkan dengan kisah tragis kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang ditemui dibunuh dan dibakar di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac 2012 lalu.

Kes Nurul Nadirah yang lebih dikenali sebagai Dirang itu menjadi tumpuan sehingga ada pihak yang bertindak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan meminta wang tebusan kepada ibu kanak-kanak itu, Roselyn Alan, 25.Namun, polis hari ini mengesahkan SMS ugutan tersebut sebenarnya dihantar oleh dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Berikutan usia kanak-kanak itu, kes ugutan tersebut terpaksa ditutup kerana ia tidak menjadi satu kesalahan seperti diperuntukkan Seksyen 83 Kanun Keseksaan. Diberitakan, kanak-kanak terlibat mengambil kesempatan menghantar SMS ugutan itu kepada Roselyn selepas membaca laporan akhbar berhubung kehilangan Dirang.

p/s : kes macam ini la yang hanya menyusahkan pihak polis…


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.