VIDEO AWAL ASHAARI LAMAR SCHA AL YAHYASI SET SHOOTING PROPAGANZA

VIDEO AWAL ASHAARI LAMAR SCHA AL YAHYASI SET SHOOTING PROPAGANZA

0 84
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Kejutan! Pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari telah melamar kekasihnya Scha Al-Yahya secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari semalam. Dalam lamaran itu, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang kepada kekasih hatinya itu. Saksikan Video Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya di Set Shooting Propaganza! Dibawah.

Video Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya di Set Shooting Propaganza!

Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu sebak dan terus menerima lamaran berkenaan sambil keduanya dilihat menitiskan air mata kegembiraan. Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan 25 Mac merupakan dirasakan sesuai kerana bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan. Sementara itu, Pasangan ini bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac 2012 ini.