ISU KHALWAT : AKO MUSTAPHA DISENARAI HITAM?

ISU KHALWAT : AKO MUSTAPHA DISENARAI HITAM?

0 106
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha adalah antara pelakon lelaki yang kerap menjadi pilihan pengarah untuk membintangi watak utama dalam beberapa buah drama seperti Halimah Jongang selain pernah tampil di layar perak. Namun sejak kebelakangan ini beliau dilihat sudah jarang muncul di kaca televisyen.

Khabarnya semenjak dibebaskan daripada hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya kerana kesalahan khalwat pada tahun lalu, Ako sudah disenarai hitam oleh pihak penerbit drama dan filem tempatan? Namun media hari ini melaporkan cerita sebenar disebalik tragedi itu.i.

Kata Ako, sebenarnya beliau masih lagi aktif berlakon sehingga sekarang dan sangat berterima kasih kepada beberapa orang pengarah yang tetap memberi kepercayaan kepadanya, meskipun pernah dilanda kontroversi sebelum ini. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, beliau lebih gemar untuk menerima tawaran sebagai watak pembantu dan beberapa kali pernah menolak untuk memegang watak utama. Katanya sudah lebih setahun beliau tidak muncul sebagai watak utama dalam mana-mana drama dan kali terakhir menerusi drama Halimah Jongang.

Apakah yang membuatkan Ako menolak untuk membintangi watak utama yang ditawarkan?

Ako menyatakan beliau mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Sekiranya menerima tawaran memegang watak utama dalam sesebuah drama, beliau terpaksa berada di lokasi penggambaran dalam tempoh yang agak lama. Lagipun anaknya iaitu Merissa Tempawan masih lagi bayi dan pastinya dia perlu mendapat lebih banyak perhatian dan kasih sayang seorang ayah. Jadi, dengan menerima watak pembantu, beliau ada lebih masa untuk bersama-sama isteri dan anak. Ako Mustapha kini sedang sibuk dalam penggambaran drama Bukan Untukmu.

Sinopsis Drama Bukan Untukmu

Drama Untukmu mengisahkan tentang amalan cina buta yang jarang-jarang dipaparkan. Ako Mustapha memegang watak sebagai Iskandar yang hidup bahagia bersama isteri iaitu Nadia (Memey Suhaiza), namun secara tidak sengaja Iskandar telah melafazkan talak lima terhadap isterinya. Walaupun lafaz dibuat secara tidak sengaja, tetapi penceraian akan tetap berlaku akibat terlanjur kata-kata.  Iskandar terlepas kata apabila menceraikan Nadia dengan talak lima, namun secara tidak langsung talak tiga tetap jatuh ke atas isterinya itu sehingga mereka terpaksa mencari jalan untuk kembali bersama dan cuba melakukan cara cina buta.